Seringkali, graduan gagal dapat kerja sebab kurang yakin berkomunikasi, kelayakan tidak memenuhi kriteria majikan termasuk alasan tiada pengalaman kerja.
Namun, tahukah anda ada sebab lain yang boleh menjadi punca temuduga gagal.
Merujuk artikel Cosmopolitan.co.uk mendedahkan maklumat terbaru iaitu penggunaan jenis tulisan Times New Roman (TNR) dalam resume sebenarnya tidak disukai majikan!
Tulisan itu digambarkan calon itu seperti memakai seluar pendek ketika hadir temuduga.
Jadi, tulisan yang paling sesuai ialah Helvetica yang diterjemahkan sebagai lebih profesional, jujur dan selamat.
Walaupun kenyataan itu dianggap suatu yang pelik tetapi TE fikir ini cuma satu jenaka untuk calon memohon kerja supaya lebih teliti meletakkan setiap butiran peribadi.
- TE
(Foto: luc.devroye.org)
No comments:
Post a Comment