Wednesday, 20 May 2015

Festival Filem Cannes Perkenal Peraturan Merepek


Bagi penggiat filem termasuk wartawan hiburan mahupun peminat, peluang hadir ke acara terbesar seperti Festival Filem Cannes di Perancis pastinya suatu yang mengujakan.

Boleh dikatakan seluruh karyawan seni khususnya bintang Hollywood 'berkampung' di situ untuk meraikan acara antarabangsa yang sangat berprestij menghargai karya filem terbaik dari seluruh dunia.

Namun, seperti lazimnya acara ini selain memberi fokus pada calon pelakon dan filem yang bertanding serta penampilan mereka di karpet merah yang mengundang lensa puluhan jurugambar, acara kali ini juga mencipta sejarah apabila memperkenalkan peraturan 'merepek' terhadap tetamu mereka.

Peraturan itu merujuk tetamu wanita yang tidak memakai kasut tumit tinggi dilarang melintas di karpet merah pada acara malam gala.

Merujuk laporan BBC, beberapa wanita tidak dibenarkan masuk kerana tidak mengikut peraturan berkenaan.

Malah, bekas pengarah festival berkenaan iaitu Vicci Ho juga memberitahu Newsbeat, peraturan tersebut yang pertama kali diperkenalkan adalah tidak masuk akal.

Nampaknya, tindakan penganjur acara berkenaan menjadi semakin cerewet dan merepek.

Mungkin penganjur mahu tetamu wanita yang hadir kelihatan lebih menawan hanya dengan kasut tumit tinggi atau penganjur juga boleh buat bisnes menyewa kasut untuk penganjuran akan datang.

- TE

No comments:

Post a Comment