Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan lebih 20 tahun, agak sukar untuk mengimbau kembali memori silam.
Begitu juga TE hanya ingat beberapa nama guru yang banyak berjasa mengajar pelajarnya untuk berjaya sama ada aspek akademik mahupun aktiviti berpersatuan.
TE teringat guru Soraya Abdul Rahman, bertubuh kurus dan cukup peramah apabila bersua. Beliau begitu aktif mengajar subjek seni lukis dan menjalankan aktiviti persatuan seni lukis di Sekolah Menengah Dr Megat Khas (SMDMK), Ipoh Perak.
Atas galakkan dan sokongannya, TE berpeluang melukis mural sekolah dan memikul tugas presiden persatuan seni lukis.
Seorang lagi guru, cikgu Zamuri atau lebih popular dengan gelaran cikgu 'tomoi' antara yang menjadi kenangan manis pada ramai pelajar sebab kebanyakkan mereka pernah menjadi 'mangsa sekeh' dan ditomoi oleh guru tersebut.
Memang bunyinya agak ganas tetapi ia bukan bermakna, beliau guru yang jahat tetapi itu sebenarnya cara gurauannya yang ada kalanya membuatkan pelajar suka mengusiknya.
Tidak lupa guru kelas 4P4 dan 5P4, cikgu Jamaliah yang agak pendiam tetapi baik hati terhadap pelajarnya.
Masa berlalu, sudah ramai pelajar SMDMK meninggalkan zaman persekolahan.
SMDMK yang juga dikenali Sekolah Labrooy berdekatan Tanah Perkuburan Gurap banyak menyimpan sejarah dan kenangan pada pelajarnya.
Masa berlalu, sudah ramai pelajar SMDMK meninggalkan zaman persekolahan.
SMDMK yang juga dikenali Sekolah Labrooy berdekatan Tanah Perkuburan Gurap banyak menyimpan sejarah dan kenangan pada pelajarnya.
Selain kisah pelajar samseng sehingga dicari polis ke sekolah, ramai juga bekas pelajar yang berjaya dalam karier masing-masing termasuk berjuang untuk negara sebagai anggota polis dan tentera.
Selamat Hari Guru! Jasamu tetap dikenang sehingga akhir hayat.
- TE
(Bekas pelajar terbaik Sastera, pendebat SMDMK, penolong ketua pengawas pusat sumber, presiden Kelab Beladiri Seni Silat Lintau)
No comments:
Post a Comment