Monday, 25 May 2015

Fathia Jadi Mangsa 'Anak Orang Kaya'

Aksi pelakon jelita, Nur Fathia yang tampil  'telanjang' (teknik kamera) menerusi filem terbarunya, Darah Panas nampaknya bukan saja membuatkan ramai penonton gelisah tetapi kisah itu juga dijadikan bahan pelaris pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara berkenaan berlaku apabila satu akaun Instagram (IG) dikenali @therichkidsofmalaysia bertindak meletakkan gambar gadis lain yang lebih seksi sambil merujuk artikel yang diterbitkan portal Malaysian Digest pada 22 Mei lalu.

Apa motif IG berkenaan tidak diketahui sama ada sengaja atau sebaliknya tetapi tindakan admin itu nyata membodohkan diri sendiri.

Malah, Fathia juga menafikan gambar wanita yang menayangkan buah dada selambak di dalam status akaun IG @therichkidsofmalaysia adalah dirinya sehingga menimbulkan salah faham terhadap portal berita itu.

Nampaknya, impak media sosial semakin tiada undang-undang apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab seperti ini memanipulasikan berita sumber lain untuk kepentingan sendiri tanpa membuat rujukan terlebih dulu.

Moga insiden ini dijadikan iktibar pada semua pengguna laman sosial agar jangan mudah mengambil kesempatan sehingga menimbulkan salah faham.


- TE


No comments:

Post a Comment