Apabila sebut dangdut apatah lagi nama penyanyi popular Indonesia seperti Inul Darastista, pasti terbayang goyang gerudi yang cukup mengamatkan suasana.
Namun, jika Inul popular dengan aksi tersebut, dua gadis montok yang dikenali sebagai kumpulan Duo Serigala tampil mencetuskan fenomena tersendiri apabila memperkenalkan goyang dribel.
Jika gerudi merujuk pinggul, dribel pula terarah kepada dada atau goyang buah dada.
Nyata, aksi itu bukan saja lebih hebat untuk tarik perhatian penonton tetapi ia juga diharamkan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) untuk siaran di televisyen.
Merujuk laporan Agensi, dua anggota kumpulan itu iaitu Pamela Safitri dan Ovi Sovianti mempopularkan tarian itu dengan aksi goyang dada.
Pengarah KPI, Agatha Lilly berkata, tarian itu mengeksploitasi bahagian yang tidak layak dan tidak sesuai untuk disiarkan di televisyen.
Rupanya, garis panduan penyiaran di Indonesia sudah menetapkan larangan eksploitasi bahagian dada, paha dan punggung.
Sebagai jalan penyelesaian, kumpulan itu masih dibenarkan membuat persembahan tetapi tidak dibenarkan menonjolkan aksi menghairahkan itu.
Jom layan satu aksi mereka di sini - http://youtu.be/OWIrJxbfKTc
- TE
No comments:
Post a Comment