Monday, 4 May 2015

Buah Sedap Pembunuh!


Buah mempelam atau lebih popular dipanggil pauh di Pantai Timur sememangnya digemari ramai apatah lagi keenakkannya yang manis apabila sudah masak.

Namun, di sebalik kemanisan itu terselit tanda tanya jika buah itu ataupun buah lain yang kita makan sebenarnya mengandungi racun yang boleh tertinggal dalam perut dan usus sehingga akhirnya kita menemui ajal.

Secara jelas, petani menggunakan racun untuk melindungi tanaman mereka daripada terdedah dimakan ulat atau rosak.

Seorang petani veteran memberitahu ada petani tidak faham cara betul meletakkan racun sehingga menggunakan jumlah yang banyak menyebabkan buah menyerap racun berkenaan.

Apa yang paling membimbangkan, petani berkenaan menyatakan pernah melihat biji racun yang ditabur masih belum hancur sepenuhnya akibat terlalu banyak kuantiti yang digunakan dan kurang air menyerap.

Selain pauh, tembikai bersaiz besar juga berbahaya kerana ia berkemungkinan besar mengandungi racun yang boleh membunuh manusia tanpa sedar secara perlahan.

Sebagai peringatan, kita harus lebih berhati-hati memilih buah yang mahu dimakan.

Jangan terpedaya melihat buah yang cantik tetapi mengandungi racun berbahaya. 

- TE




No comments:

Post a Comment