Wednesday, 13 May 2015

Kad Nama Dilelong RM36k!


Ada apa dengan kad nama selain ia hanya memaparkan nama dan jawatan seseorang.

Namun, tahukah anda kad nama atau juga dipanggil kad perniagaan yang mungkin tidak bernilai pada orang lain mampu dilelong pada harga paling tinggi sehingga AS$10,000 (RM36,057).

Perkara itu menjadi kenyataan apabila tiga kad nama pengasas Apple Inc., Steve Jobs dilelong pada harga berkenaan.

Merujuk laporan Agensi, tiga kad nama itu dibuat pada tahun 1985 dan 1990 ketika mendiang Jobs memegang jawatan presiden syarikat animasi Pixar Animation Studio Inc., syarikat komputer NeXt dan Apple Inc.

Dahsyat bukan? Tak sangka kad nama yang sudah berusia 30 tahun boleh dilelong pada harga tinggi.

Mungkin bermula sekarang kita boleh kumpul pelbagai kad nama terutama mereka yang berjawatan tinggi dan terkenal.

Mana tau ia juga boleh dilelong pada harga tinggi dan menjadi pendapatan terpijak pada masa hadapan. 

- TE

No comments:

Post a Comment