Begitu juga, watak kartun mereka Doremon, Gaban dan Ultraman memberi pengaruh besar pada minda kanak-kanak di serata dunia termasuk Malaysia.
Kehebatan Jepun terserlah menerusi inovasi bidang pembuatan dan pembinaan apabila terbaru membina jambatan Eshima Ohashi merentasi Tasik Nakaumi antara bandar Matsue dan Sakaiminato.
Apa yang menarik perhatian pengguna, jambatan sepanjang 1.6 kilometer ini dibina seperti konsep sebuah permainan roller coaster bertujuan membolehkan kapal melalui di bawahnya!
Menurut laporan Agensi, seorang pengguna jambatan itu menyatakan dia terketar ketika memandu di jambatan itu sambil mengakui boleh mengundang maut jika melakukan kesilapan.
Hebat bukan? Teringat TE ketika jambatan Pulau Pinang dibuka kepada umum suatu ketika dulu apabila banyak kereta berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan.
Bagaimana jika jambatan roller coaster seperti Jepun dibina di Malaysia mungkin jumlah kemalangan meningkat!
- TE
(Foto: japanspotting.jp)
No comments:
Post a Comment