Thursday, 14 May 2015

Berhati-hati Penipuan Perodua


Apa pandangan anda terhadap situasi bateri kereta baru yang digunakan tidak sampai setahun tetapi sudah kehabisan atau tidak lagi boleh digunakan.

Kebiasaan bateri kereta yang dibeli mempunyai jaminan setahun tetapi lain pula cerita bateri kereta nasional Perodua Myvi.

Apa yang pelik, pengalaman TE menggunakan kereta nasional pilihan ramai rakyat Malaysia ini, bateri yang masih dalam tempoh kurang setahun secara tiba-tiba tidak berfungsi bukan jaminan untuk ditukar baru!

Perkara ini berlaku apabila TE sendiri bertanyakan kepada mekanik dan pengurus Pusat Service Perodua Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang memaklumkan mereka tidak akan menukar bateri baru dengan alasan pemilik kereta itu sendiri bertanggungjawab kerana tidak memastikan air bateri sentiasa cukup! 


TE sendiri tertanya-tanya apakah selama ini ketika menghantar kereta untuk 'service' mengikut buku panduan kereta baru, mekanik sendiri tidak memeriksa air bateri sehingga ia dipersalahkan kepada pemilik kereta sendiri apabila berlaku situasi ini.

Bagi TE, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia adalah bateri kereta baru yang masih belum cukup tempoh setahun dan masih dibawah 'mileage' 20,000 kilometer.

TE sempat berbual dengan mekanik Nissan yang bersetuju dengan pandangan TE bahawa Perodua sepatutnya bertanggungjawab menukar bateri baru untuk kereta baru yang masih belum cukup tempoh setahun atau mengikut 'mileage'.

Apa yang menghairankan, mekanik Perodua itu turut memberitahu TE sudah banyak kes sama berlaku seperti ini tetapi apabila mereka menukar juga bateri baru, gaji mekanik pula dipotong.

TE pernah menggunakan pelbagai jenis kereta nasional mahupun import seperti Toyota, Proton (Iswara, Waja, Wira), Perodua Viva Elite dan Nissan, tetapi belum pernah berdepan alasan tidak logik ini.

Teringat TE ketika Waja berdepan masalah 'power window' dan masalah itu diatasi segera pihak Proton! Syabas Proton!

Tapi malangnya Perodua tidak mahu bertanggungjawab dengan situasi ini yang mungkin dianggap remeh pada mereka tetapi ia sebenarnya memberi impak besar apabila menjejaskan kepercayaan rakyat Malaysia sebagai pengguna.

Pesan TE pada rakyat Malaysia, berhati-hati dengan penipuan Perodua seperti ini.

- TE










No comments:

Post a Comment