Suatu ketika dulu, pelakon filem popular Ali Setan pernah berkongsi kisah bagaimana hatinya terdetik berubah dan mendalami Islam sepenuhnya.
Azmil Mustapha dalam temubual bersama TE lebih kurang 10 tahun lalu berkata, dia berubah selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran yang diperdengarkan sebelum tamat siaran.
Katanya, ketika itu dia yang sering pulang lewat ke rumah hanya sempat menonton siaran akhir itu dan tidak sangka selepas itu dia mengambil keputusan berhenti berlakon dan memberi fokus untuk menjadi muslim sejati.
Begitu juga kisah menarik dikongsi penyanyi antarabangsa, Cat Stevens atau Yusof Islam menyatakan dia terfikir mengenai kehidupan selepas berdepan dua kejadian yang hampir meragut nyawanya.
Pertama, dia mengalami batuk kering yang teruk dan kedua, hampir lemas di pantai.
Nyata, Allah membuka hati kedua insan popular ini untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.
TE sendiri pernah beberapa kali berdepan maut iaitu hampir lemas ketika mandi di Pulau Pangkor pada usia 10 tahun, mengubahsuai peralatan elektrik, terbabit dalam kemalangan kereta di Lebuhraya Plus apabila kereta berpusing 3 kali akibat laju pada masa hujan dan tidak boleh bangun selama 13 jam akibat 'slip disc'!
Semua itu memberi pengajaran pada diri sendiri agar kita berubah menjadi insan lebih baik.
Program Tanah Kubur yang pernah disiarkan di Astro Oasis menjadi antara pendekatan dakwah komersial untuk dikongsi bersama penonton.
Malah, artis jelita yang mempunyai bentuk tubuh mengancam seperti Neelofa berubah dari aspek penampilan juga satu contoh terbaik buat peminatnya.
Mungkin hati kita pernah terdetik untuk berubah meskipun masih bergelumang dengan dosa walaupun wanita tidak bertudung tetapi masih tidak mahu berubah.
Ingatlah, petanda ajal itu sentiasa wujud dan boleh berlaku sekali lagi jika kita tidak mahu berubah.
Alasan, 'aku masih muda dan belum puas berseronok' tidak sepatutnya menjadi jawapan apatah lagi ditanya Pencipta nanti.
Sementara tubuh badan masih sihat, kita masih sempat berubah.
Moga kehidupan kita semua sentiasa diberkati. Insha Allah.
- TE
(Foto: Sinar Harian)
No comments:
Post a Comment