Lagu nyanyian Baggio bersama kumpulannya, Damasutra itu membuai perasaan ramai pendengar menerusi sentuhan komposer Awang BPR dengan S Amin Sahab.
Namun, selepas 24 tahun lagu berkenaan kembali didendangkan Baggio yang membuat kemunculan semula di program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, pagi tadi.
Apa yang tarik perhatian, Baggio tersalah 'key' ketika menyanyikan lagu tersebut.
Mungkin agaknya Baggio atau nama sebenar Bahagia Daharun sudah lama tidak menyanyi atau masih belum panaskan badan untuk bersedia menyanyi.
Apapun, jika Baggio bersama anggota Damasutra lain mempunyai projek 'come back' ia mungkin membawa berita gembira pada peminat mereka.
Bagi peminat yang merindui lagu keramat ni boleh layan di 'link' ini - http://youtu.be/0uZp2rvaPbI
- TE
No comments:
Post a Comment