Tuesday, 19 May 2015

Dengar Banyak Bahasa, Anak Lebih Cerdik

Kanak-kanak yang mendengar lebih satu bahasa pertuturan di rumah mampu mempunyai kemahiran bahasa lebih baik dan menjadi cerdik dibandingkan hanya menggunakan satu bahasa.

Menerusi kajian terbaru Universiti Chicago menyatakan kanak-kanak yang dibesarkan dalam pelbagai bahasa lebih cepat mentafsir maksud disebalik sesuatu perkataan.

Kajian itu menyebut kanak-kanak sebenarnya tidak perlu bercakap lebih satu bahasa tetapi sekadar mendengar bahasa kedua membina blok komunikasi sosial.

"Kanak-kanak ini yang terdedah kepada persekitaran pelbagai bahasa mempunyai estensif sosial praktis dalam melihat siapa bercakap kepada siapa.

"Mereka juga melihat bentuk sosial yang dibentuk berdasarkan penggunaan bahasa itu," kata Pakar Psikologi, Bahasa dan Pembangunan Sosial, Prof Madya Katherine Kinzler seperti dilaporkan AFP Relax News.

- TE

No comments:

Post a Comment