Bila tiba musim cuti sekolah, ramai pasangan mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan.
Memang cuti sekolah adalah masa terbaik untuk adakan majlis persandingan sebagai meraikan tetamu.
Begitu juga, tahniah dan selamat pengantin baru kepada cikgu Mohd Rezdhuwan Suhaimi bersama pasangan Nur Fasya Ibrahim.
Mengambil lokasi Dewan Kampung Melayu Batu 16, Rawang Selangor, pastinya ia juga menjadi kenangan manis buat pasangan ini meraikan hari bahagia mereka.
Jika lazim tetamu dijamu menu wajib seperti nasi minyak, ayam masak merah, rendang tok bersama air sirap merah, pasangan ini juga tidak terkecuali menyediakan sesuatu yang istimewa buat tetamu yang hadir.
Menariknya, pasangan ini mempersembahkan 8 perkara istimewa untuk tetamu iaitu acara membaling coklat dilekat bersama duit syiling 20 sen, senduk Ikea sebagai cenderamata serta menu, maruku, bubur pulut hitam, bubur kacang, marshmallow disalut coklat cair, cendol, pulut bersama rendang daging dihantar pengantin kepada tetamu.
Bagi tetamu memang puas makan. Apapun TE doakan pasangan sejoli ini bahagia selamanya dan menimang cahaya mata seramai mungkin.
Maruku menjadi kudapan paling mengasyikkan dan senduk boleh digunakan apabila balik ke rumah untuk memasak.
Pulut kuning dijamu pengantin ke meja tetamu sebagai tanda penghargaan.
Acara membaling coklat dilekat duit syiling 20 sen tarik minat ramai tetamu kanak-kanak termasuk dewasa.
- TE