Sudah menjadi lazim, acara pameran kereta yang diadakan dimana saja bukan hanya menayangkan model kereta baru semata-mata.
Sebaliknya, tarikan gadis yang menjadi model kereta berkenaan sudah tentu menjadi hiburan pada pengunjung khususnya lelaki untuk mendekati kereta yang dipamerkan.
Bagi pengunjung lelaki, kehadiran gadis berkenaan sangat penting sebagai daya tarikan.
Malah, tidak hairan jika anda pernah menonton rakaman aksi gadis seksi menari lincah sambil mengoncangkan 'aset' mereka ketika pameran kereta di Bangkok, Thailand yang menjadi viral di laman sosial, Facebook sebelum ini.
Berbeza pula situasi di Pameran Kereta Shanghai yang bermula hari ini apabila melarang kehadiran gadis berkenaan muncul di khalayak.
Menurut beberapa laporan berita antarabangsa, penganjur mahu pengunjung memberi fokus hanya kepada model kereta yang dipamerkan dan bukannya mencuci mata menikmati lentok tubuh gadis model.
Mungkin isu sebegini dianggap remeh tetapi ia sebenarnya penting sebagai satu strategi pemasaran.
Mungkin selepas ini syarikat pembuatan kereta perlu fikirkan cara lain yang lebih sesuai untuk tarik perhatian pengunjung.
- TE
Foto: hotcarszone.com
No comments:
Post a Comment