Di Malaysia, ia juga satu fenomena biasa tidak kira tempat. Orang tak fikir individu itu gila walaupun kelihatan syok sendiri ambil gambar sendiri.
Jika kita sendiri tidak heran dengan aktiviti sosial ini, lain pula kisahnya di Louisville, Amerika Syarikat apabila penganjur acara larian Kentucky Derby ke-141 pada 2 Mei nanti bertindak melarang penggunaan alat itu.
Perkara melarang 'selfie stick' sebelum ini juga berlaku di Festival Muzik Coachella dan Lollapalooza, muzium Smithsonian, National Gallery of Art di Washington termasuk dilarang memasuki Stadium Yankee.
Difahamkan, beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris juga mengenakan had terhadap penggunaan alat berkenaan serta perlawanan tenis Terbuka Australia juga tidak menggalakkan peminat menggunakannya di tepi gelanggang.
Merujuk laporan berita AP, tindakan melarang penggunaan alat berkenaan bertujuan keselamatan melindungi kuda dan orang ramai ketika berlangsungnya acara Derby.
Sementara itu, penganjur kejohanan ragbi NFL masih mempertimbangkan sama ada membenarkan atau tidak penggunaan alat itu di dalam stadium pada musim akan datang.
Seorang usahawan alat itu, Jacqueline Verdier berkata, larangan berkenaan seperti mana berlaku di Derby suatu yang merugikan peminat.
"Ia memberikan peluang merakam foto menarik tetapi malangnya ia tidak boleh dilakukan di sana," katanya.
Nampak gayanya orang kita yang ke luar negara perlu lebih berhati-hati jika mahu menggunakan alat ini.
Harap-harap larangan ini tidak berlaku di negara ini.
Mungkin juga pencinta 'selfie stick' atau badan bukan kerajaan (NGO) tertentu boleh mengadakan kempen menyokong alat ini seperti #weloveselfiestick.
- TE
Foto: citizenofthemonth.com
No comments:
Post a Comment