Wednesday, 22 April 2015

Jepun Catat Rekod Terbaru Keretapi Paling Laju Dunia


Tahukah anda Jepun yang cukup terkenal dengan disiplin dalam kalangan masyarakat mereka turut popular menerusi perkhidmatan keretapi laju mereka.

Lebih dikenali sebagai keretapi peluru, keretapi penumpang yang dikenali 'Maglev' berjaya mencatat kelajuan 603 kilometer sejam (km/j)!

Menurut laporan beberapa media antarabangsa, kehebatan keretapi Jepun itu mengatasi Acela dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mencatat 241 km/j dan Frecciarossa (Itali), 360 km/j.

Operator JR Central berkata, keretapi berkenaan mencatat kelajuan tersebut ketika ujian dijalankan semalam sekaligus memecah rekod sebelum ini iaitu 581 km/j.

Menariknya, catatan kelajuan Maglev diukur menerusi perjalanan sejauh 1.8 kilometer pada kelajuan 600 km/j.

Perkhidmatan keretapi laju Jepun sememangnya menjadi kemajuan dunia apabila beratus keretapi beroperasi dengan faktor kelewatan yang minimun.

Merujuk laporan berita Mashable, keretapi Maglev diuji berdekatan Pergunungan Fuji, barat Tokyo yang dibangunkan sebagai kemudahan pada masa hadapan antara Tokyo dan Osaka.

Bayangkan jika keretapi berkenaan digunakan di Malaysia, sudah tentu kita mampu bersarapan pagi dengan nasi kerabu di Gua Musang sebelum masuk pejabat di Kuala Lumpur. Hebatkan!

- TE
(Foto: Corbis Images)

No comments:

Post a Comment