Senaman suatu yang penting untuk memastikan tahap kesihatan khusus jantung sentiasa sihat.
Bagi warga kota, sibuk bekerja sering dijadikan alasan untuk tidak melakukan senaman walaupun pada hujung minggu hanya mengambil kesempaatan berehat di rumah.
Mungkin satu cara senaman unik yang dianggap unik diperkenalkan satu pasangan boleh membuatkan anda bersama pasangan teruja untuk melakukan senaman bersama.
Merujuk pada satu video yang dimuat naik di YouTube pada tahun lalu, cara senaman unik ini mendapat tontonan 2 juta pengunjung laman sosial berkenaan dan ia juga dikongsi DJ Morphius menerusi laman Facebooknya juga ditonton 18 juta pengunjung.
Video yang dikenali 'Pasangan Calisthenics'dipercayai dirakam di Taman Cabrini, New York yang membawa mesej memberi motivasi kepada pasangan di seluruh dunia melakukan senaman bersama satu sama lain.
- mD
No comments:
Post a Comment