Tuesday, 14 April 2015

Aksi Hebat Kereta DeLorean Kembali


Masih ingatkah anda dengan kehebatan kereta 
DeLorean yang mampu merentasi masa sehingga 30 tahun ke belakang?

Ya, filem itu! Pastinya lakonan hebat Michael J Fox sebagai Marty McFly bersama Christopher Lloyd yang menjadi saintis bernama Dr Emmett Brown cukup mengujakan penonton mengikuti kisah perjalanan mereka.

Berita baik buat peminat filem ini, produksi Universal baru-baru ini mengumumkan secara rasmi sekuel terbarunya akan diterbitkan tidak lama lagi.

Dalam status di Twitter produksi itu, Back to the Future IV dijangka memulakan penggambaran di Los Angeles pada penghujung tahun ini sebelum tayangan pada musim panas tahun hadapan.

Khabarnya, penulis bersama skrip asal filem ini iaitu Bob Gale sudah menyiapkan lakon layar. 


Plot kali ini memfokuskan anak Doc Brown iaitu Jules dan Verne yang menggalas cabaran penggambaran terbaru.

Gale mahu membawa plot baru kepada peminat yang mengharapkan kisah trilogi berbeza disajikan.

Sekuel terbaru ini bakal menampilkan Lloyd sebagai pelakon asal bersama Mary Steenburgen manakala penampilan Fox pula belum ada kepastian.

Moga Fox turut serta dalam sekuel kali ini kerana TE bersama peminat lain filem ini pastinya merindui kemunculan semula hero legenda ini! 


- TE
 

No comments:

Post a Comment