Wednesday, 15 April 2015

Blake Lively Benci Serena


Siapa peminat si jelita yang mempunyai tahi lalat bawah mata kanan - Blake Lively atau lebih popular dengan watak Serena van der Woodsen menerusi drama bersiri televisyen popular, Gossip Girl.

Akui isteri aktor Ryan Reynolds ini, drama tersebut sememangnya memberi impak kepada popularitinya tetapi memorinya ketika terbabit sepanjang enam musim drama itu sebenarnya tidak menyeronokkan.

"Penonton menyukainya tetapi ia selalu membuatkan saya berasa sedikit kurang selesa," katanya kepada majalah Allure seperti dilaporkan Cosmopolitan.com.au.

Menurutnya, penonton juga keliru membezakan kehidupan sebenar dengan karakter yang dilakonkannya dalam drama berkonsep urban kisah golongan elit di Manhattan. 

"Ia suatu yang aneh apabila penonton seolah tahu tentang anda lebih mendalam tetapi sebenarnya tidak.

"Saya tidak mahu berasa bangga menjadi individu yang memberi kokain kepada seseorang sehingga membuatkan mereka 'lalok' kemudian tembak seseorang sebelum tidur dengan kekasih orang lain," katanya. 

Meskipun pengakuan Blake itu mungkin membuatkan peminatnya mahupun penonton setia drama ini kecewa tetapi hakikatnya, dia tetap kelihatan hebat dan anggun sebagai gadis elit yang menjadi idola ramai pengikutnya.


- TE


No comments:

Post a Comment