Wednesday, 22 April 2015

JDT 'Kayu Pengukur' Pasukan Bola Sepak Terhebat Malaysia


Sebut nama pasukan Johor Darul Takzim (JDT), peminat bola sepak membayangkan barisan pemain hebat atau paling mudah disimpulkan, barisan kesebelasan pemain paling top Malaysia.

Menerima bayaran paling mahal untuk setiap pemain, JDT bukan saja berjaya menghimpunkan pemain terbaik dalam satu pasukan tetapi membuktikan pemain yang dibeli bermain bersungguh-sungguh ketika perlawanan.

Sudah tentu, apabila pemain itu dibayar mahal mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik untuk diri sendiri dan pasukan.

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tampil memberikan kenyataan terhadap tuduhan segelintir pihak berfikiran negatif yang mengelar baginda sebagai lanun apabila didakwa merampas pemain bola sepak pasukan lain.

Penjelasan baginda dibuat menerusi Facebook, Johor Southern Tigers iaitu pemain memang mahu bermain dengan JDT termasuk tiga sebab utama, mendapat gaji lebih baik, bermain dengan pasukan lebih baik yang diurus secara profesional dan pemain tidak berpuas hati cara pengurusan pasukan lama.

TE juga percaya tiga sebab ini cukup kuat untuk pemain terbaik mana-mana pasukan berhijrah dan memilih untuk bermain dengan JDT.

Seperti mana isu taboo yang membelenggu sukan bola sepak tempatan apabila berdepan masalah kewangan sehingga gaji pemain tertunggak akhirnya prestasi pasukan merudum.

Sepatutnya, cara pengurusan TMJ ini yang membentuk JDT sebagai pasukan terhebat dan digeruni menjadi contoh pada pasukan lain untuk mempertingkatkan prestasi mereka.

Paling penting, sentiasa berfikiran positif untuk kemajuan bola sepak tanah air dan jangan terlalu mengikut perangai Melayu yang suka mengata orang lain berbanding mengubah nasib diri sendiri.

Syabas TMJ dan JDT!

Majulah sukan untuk negara.

- TE


No comments:

Post a Comment