Tuan Editor (TE) juga berkesempatan merasaikan kehangatan acara berkenaan dan berita gembira buat peminat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan kontrak penganjuran F1 dilanjutkan untuk 3 tahun lagi.
Apapun tahniah kepada pelumba pasukan Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel yang bergelar juara mengalahkan pelumba petak pertama, Lewis Hamilton iaitu pelumba Mercedes AMG Petronas.
Berikut beberapa foto menarik yang sempat dirakam:
Persembahan menarik daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika majlis pembukaan F1 jam 3 petang.
Semua pelumba F1 melakukan sesi ujian sebelum berlumba.
Gelagat kru pasukan Infiniti Red Bull Racing sebelum perlumbaan.
Pelumba Lewis Hamilton melakukan sesi ujian sebelum perlumbaan. Walaupun sebagai pendahulu tetapi tewas sebaik memasuki 'pit stop' dan mengakui sukar mengejar Vettel yang berada di hadapan.
Kru teknikal setiap pasukan bergegas sebelum perlumbaan bermula.
Lewis masuk 'pit stop' sebelum dipintas Vettel.
Keputusan perlumbaan menyaksikan Vettel bergelar juara F1 Malaysia!
Penyokong Scuderia Ferrari meraikan kejayaan Vettel sebagai juara.
- TE
No comments:
Post a Comment