Thursday, 16 April 2015

Paris Berbogel Lagi

Siapa peminat Paris Hilton? 

Mewarisi empayar milik keluarga, Paris sememangnya sinonim dengan kontroversi.

Mungkin kehadiran selebriti popular Hollywood ini ke Kuala Lumpur pada Januari lalu membuatkan peminatnya tidak puas menatap wajah penyanyi ini.

Namun, menerusi Intagramnya, Paris kembali membuat kejutan apabila berbogel untuk cover album single terbarunya, High Off My Love.

Berkonsepkan hitam putih, Paris hanya mengenakan kasut tumit tinggi bersama stoking jaring-jaring tanpa seurat benang!

Memang kerja gila tetapi dah namanya pun selebriti Hollywood, isu berbogel sama ada sengaja atau tak sengaja bukan lagi isu besar pada mereka untuk berasa malu.

Dalam status itu, Paris memberi peluang pada peminat untuk mencadangkan konsep yang sepatutnya ditonjolkan pada gambarnya itu.

Walaupun mendapat 825 komen termasuk dalam bahasa Arab tetapi kesemua komen yang diberikan lebih kepada lucah seperti mengajaknya ke ranjang!

Mungkin Paris mempunyai strateginya sendiri dengan aksi berahi seperti ini atau sekadar kepuasan sendiri... 



- TE

 

No comments:

Post a Comment