Ia sudah menjadi fenomena di seluruh dunia tidak kira peringkat usia termasuk pemimpin negara mahupun selebriti.
Namun, tindakan 'selfie' yang lazimnya dianggap sebagai syok sendiri turut ditempelak Putera Raja British, Putera Henry ketika bertemu beberapa warga Australia, semalam.
Menurut laporan antarabangsa AFP, Henry bertindak memberi amaran kepada mereka yang mengambil 'selfie' bersamanya ketika itu.
Kehadiran Putera Diraja itu di Canberra, Australia sejak Isnin lalu mendapat sambutan ratusan peminat termasuk remaja yang mahu bergambar 'selfie' tetapi tindakan mereka itu sebaliknya ditegur Henry.
"Tidak, saya benci selfie.
"Serius! Kamu tidak perlu melakukannya. Saya tahu kamu muda tetapi 'selfie' adalah teruk," katanya yang terbabit dengan aktiviti ketenteraan Australia di Sydney, Darwin dan Perth.
- TE
Foto: AFP
No comments:
Post a Comment