Monday, 20 April 2015

Gemukkan Awek Bukti Cinta Sejati


Apakah yang anda sanggup lakukan demi menjaga kekasih sendiri tidak dicuri orang lain?

Dicuri? ya, memang betul jika kekasih anda seorang gadis atau wanita yang cukup jelita yang mampu membuatkan jantan lain tergoda dan akhirnya anda sendiri gigit jari.

Menyedari situasi 'bahaya' itu berkemungkinan muncul, seorang lelaki Cina tergamak menggemukkan kekasihnya hanya dalam tempoh 2 tahun.

Pengalaman itu dilalui You Pan berasal dari daerah Guangdong China Selatan apabila menjalinkan hubungan cinta dengan Yan Tai beberapa tahun lalu.

Menurut laporan berita Odditycentral, berat Yan hanya 98 paun (44 kilogram) dan memiliki paras rupa yang comel.

Akibat bimbang Yan dicuri orang lain, dia memulakan rancangan menjadikan kekasihnya itu tidak menarik pada pandangan mata lelaki lain iaitu menjadi gemuk.

Dalam tempoh 2 tahun, You memastikan Yan makan banyak sama ada sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.

Paling hebat, You sanggup mengejut Yan bangun tengah malam untuk menjamah snek sehingga rancangannya berjaya menjadikan awek comel berkenaan dengan berat 196 paun (88 kilogram)!

- TE

No comments:

Post a Comment