Friday, 24 April 2015

Anda Boleh Jadi Cantik Jika Ikut Cara Cassey

Semua wanita mahu kelihatan cantik. 

Daripada menggunakan pelbagai produk penjagaan muka dan memutihkan kulit sehingga pengambilan pil pelangsingan badan mahupun melakukan zumba, semuanya hanya satu sebab iaitu mahu cantik.

Banyak cara sebenarnya untuk tampil cantik dan hebat walaupun ia sekadar imaginasi.

Tips mahu jadi cantik dengan mudah turut dikongsi jurulatih peribadi yang juga penulis blog kecergasan popular yang meraih lebih 2 juta pengunjung di YouTube iaitu Cassey Ho mengakui sering menerima komen negatif terhadap aspek kecantikan.

Dalam video terbarunya, dia menjawab komen berkenaan dengan menampilkan dirinya mengubah bentuk badan dengan yang diidamkan dengan cara mudah menerusi teknik photoshop.

Teknik berkenaan yang selama ini digunakan hanya menerusi perisian komputer juga digunakan Cassey mengubah penampilan diri cara visual.

Cassey mahu mempunyai pinggang ramping, mengecilkan paha, membesarkan payudara dan mencantikkan bentuk mata akhirnya menjadi kenyataan menerusi teknik ini.

Merujuk laporan Time, Cassey menyatakan buli siber dan komen negatif sedemikian memberikan kesan terhadap manusia dan berharap orang lain berfikir sebelum membuat sesuatu kenyataan.


- TE

No comments:

Post a Comment