Melepasi plaza tol Karak menuju ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kini tidak lagi meresahkan pengguna.
Sejak dibuka secara rasmi pada 7 Julai 2015, pengguna yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu (KT) boleh sampai ke destinasi dengan lebih pantas.
Berbanding 8 jam perjalanan dari Karak ke Kuala Terengganu tetapi kali ini hanya 5 jam (mengikut had laju selamat).
Teringat TE pengalaman ketika melalui LPT untuk pulang beraya pada tahun lalu yang memakan masa sehingga 12 jam! Ada Nissan GTR juga tersadai tepi jalan mungkin kehabisan minyak.
Dua bulan lalu pula, ketika TE melalui LPT2, pengguna yang mahu ke KT perlu keluar ke Plaza Tol Jabor sebelum membuat pusingan U dan masuk semula ke LPT2.
Kali ini, pengguna boleh terus dari Karak sehingga Plaza Tol KT tanpa perlu membuat lencongan.
Menariknya, permukaan jalan LPT2 yang sebelum ini agak beralun sehingga mencetuskan panik kepada pengguna selepas beberapa kemalangan dilaporkan terjadi akibat kenderaan hilang kawalan dan angin lintang tidak lagi berlaku.
Keadaan permukaan jalan LPT2 bertambah baik. Malah, pengguna kali ini lebih yakin untuk memandu.
Perjalanan yang lancar memberikan kepuasan kepada pemanduan apatah lagi ketika TE melalui LPT2 semalam, satu Ferrari merah sempat tunjuk lagak.
Bagaimanapun, jalan raya bukan tempat berlumba. Patuhi had laju dan hormati pengguna jalan raya lain.
Bagi perantau, selamat pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
- TE
No comments:
Post a Comment