Begitu juga, TE percaya rezeki orang yang menjalankan perniagaan memang besar dan suatu yang sukar dijangka.
Bak kata pakar motivasi kewangan, orang yang kerja makan gaji memang sukar jadi jutawan melainkan dia memulakan perniagaan.
Namun, bagi mereka yang tertarik untuk berniaga, persoalan asas yang terdetik dalam fikiran adalah jenis bisnes yang mahu dijalankan.
Apakah mahu berniaga tudung, pisang goreng cheese, nasi lemak atau produk kecantikkan?
Bagi pendapat TE, ada dua jenis bisnes yang mempunyai potensi tarik perhatian pembeli iaitu makanan 'frozen' yang diusahakan bekas deejay popular radio Hot FM, Kieran dan jubah #kipidap!
Menerusi status Kieran di Facebook, apa yang TE lihat sambutan terhadap produknya seperti chicken chop, lamb chop dan chicken grill memang cukup menggalakkan termasuk respons pembeli yang sudah 'jatuh cinta' selepas merasainya.
TE belum berpeluang merasainya lagi tetapi TE percaya kesungguhan Kieran yang 'bersara' daripada industri penyiaran radio untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada bisnes ini pastinya membuka rezeki lebih luas padanya.
Begitu juga, bisnes jubah yang diperkenalkan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup sejak malam tadi mampu memberi tarikan kepada pembeli termasuk peminatnya.
Jubah yang dijual bersama lencana istimewa dan percuma cermin mata hitam Rayban ini memberi kelainan pada mereka yang mahu bergaya sempena Aidilfitri kali ini.
Antara produk makanan Kieran mahupun jubah #kipidap, apa yang membuatkan mereka menjadi produk berpotensi adalah jenama dan populariti mereka berdua yang dikenali ramai.
Menjual produk orang popular memberikan persepsi berbeza kepada orang ramai untuk membeli.
Apapun, TE doakan bisnes Kieran dan Ayah Rani terus sukses dan laku sampai habis stok. Marilah kita bersama membantu bisnes orang kita.
- TE
No comments:
Post a Comment