Bagaimana dengan puasa sahabat sekalian? Apakah dugaan kali ni lebih mencabar atau sama atau tidak mencabar langsung?
Apapun, Ramadan bukan sahaja bulan penuh keberkatan yang membuka ruang lebih luas untuk umat Islam beramal.
Malah, Ramadan juga cukup meriah dan mewah dengan pelbagai juadah untuk berbuka. Mereka yang berbuka di luar seperti di hotel, restoran dan kafe, suasananya berbeza sehingga membangkitkan nafsu makan membuak-buak.
TE juga berkesempatan berbuka di Kafe Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur yang cukup popular dengan nasi lemak ketika bukan Ramadan.
Begitu juga, kafe ni meriah apabila ramai pengunjung memilih berbuka di sini.
Bersama sajian wajib nasi putih bersama aneka lauk-pauk, ayam dan pari bakar, kuih muih, tauhu bakar, rojak buah, abc, sirap dan teh O ais limau, pengunjung memang puas dan berbaloi membayar RM42 untuk bufet dewasa manakala kanak-kanak, RM27. Harga termasuk GST.
TE paling gemar kari ikan dan ikan pari bakar bersama roti jala cicah kari ayam memang terbaik!
Bagi mereka yang mungkin ingin merasai pengalaman berbuka yang berbeza daripada suasana di hotel mahupun rumah, boleh mencuba di kafe ini.
Memang diikutkan bayaran bufet di hotel lebih mahal apatah lagi dalam kalangan golongan marhain yang berdepan tekanan GST dan harga petrol naik, tidak salah sekali skali kita menghiburkan orang tersayang atau manjakan diri dengan makanan mewah sebegini.
TE sendiri memang senak perut apabila selesai menjamah segala bagai juadah yang ada.
Sayangnya, nasi lemak tersohor IB tiada pula disajikan untuk bufet Ramadan kali ini.
Bagi mereka yang berhasrat berbuka di kafe IB boleh menghubungi nombor telefon di bawah untuk tempahan.
- TE
No comments:
Post a Comment