Saturday, 18 July 2015

Sesi Fotografi Agenda Wajib Beraya!

Alhamdulillah. 1 Syawal dirai dengan penuh warna warni. Ramai bergembira apabila berpeluang kumpul bersama keluarga dan sanak saudara.

Tidak kira adik beradik, saudara, sepupu yang tinggal berjauhan, semuanya pasti berkumpul di Aidilfitri walaupun setahun sekali dek kesibukan komitmen hidup masing-masing.

Antara ketupat, lemang, rendang daging, kari ayam mahupun kuih raya yang menjadi menu wajib ketika Aidilfitri, paling bermakna apabila masing-masing berkumpul dan bertanya khabar.

Namun, antara banyak aktiviti wajib yang dilakukan pada 1 Syawal seperti menunaikan solat sunat Aidilfitri, makan bersama dan kunjung mengunjung, sebenarnya sesi fotografi lebih menjadi agenda penting yang sering dilakukan ramai.

Adanya medium sosial, Facebook, masing-masing berpeluang kongsi momen manis untuk tatapan rakan-rakan.

Jika suatu ketika dulu masing-masing sibuk ke kedai gambar cuci dan mengambil gambar tetapi kini segalanya bersifat digital dan mudah diakses menerusi telefon bimbit.

Apapun, jangan salah guna kemudahan berkenaan. Hakikatnya, menatap gambar secara fizikal lebih 'touching' berbanding gambar disimpan dalam telefon bimbit.

Masuk 2 Syawal, masih banyak lagi rumah yang mahu dikunjungi dan paling penting aktiviti sesi fotografi. Jangan lupa juga selfie dan 'share' di Facebook ya!

Keluarga TE bersama mentua.
Tiga 'dara' pingitan. Cuma 1 je belum kena gigit. Cuba teka yang mana? 
Sepupu paling gembira apabila bertemu satu sama lain.
Keluarga bahagia, Zamli Ya.
Keluarga bahagia, Alim.
Keluarga bahagia, Zawahid.
TE bersama isteri tercinta.
Disebalik tabir sesi fotografi istimewa pasangan Haji Ya Abas bersama isteri, Wan Tijah.
Tu dia... Pasangan romantis Syawal 1436.

- TE

No comments:

Post a Comment