Saturday, 11 July 2015

Aku Bukan Bos!

Setiap organisasi mempunyai bos tetapi hanya segelintir sahaja yang mempunyai pemimpin.

Apa maksudnya? ramai yang boleh jadi bos apatah lagi berlagak dengan syarikat sendiri tapi tidak ramai yang mampu menjadi pemimpin.

Tahukah anda sikap bos dan pemimpin suatu yang berbeza. Seringkali kita sendiri berdepan atau melihat orang lain berkongsi kisah mereka diherdik bos atas perkara kecil, remeh dan mungkin suatu yang disifatkan kurang profesional.

Hakikatnya, bos hanya pandai memberi arahan tetapi tidak memahami masalah dan situasi di peringkat pekerja yang menyumbang faktor utama terhadap prestasi syarikat.

Mengapa bos lebih gemar tunjuk ego meninggi suara terhadap staf sedangkan sesuatu kerja boleh dibawa bincang secara profesional dan hormat antara satu sama lain.

Jarang sebenarnya kita melihat bos yang baik dalam erti kata, sanggup makan tengah hari bersama staf dan bersembang soal peribadi bukan bermaksud jaga tepi kain tetapi lebih memahami masalah staf agar dapat meningkatkan produktiviti.

Malah, apakah bos yang bersikap ego, diktator & 'bossy' tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu atas kegagalan menerajui organisasi lain sebelum ini? 

Jika kita berasa diri adalah bos, muhasabah diri adalah pendekatan terbaik dalam Islam untuk menilai kembali sikap diri sendiri sebelum asyik menyalahkan orang lain. 

Paling penting, pemimpin yang terbaik adalah menghargai stafnya bukan terpaksa perlu memberi bonus tetapi mengucapkan terima kasih yang sebenarnya memberi makna mendalam pada staf sebagai motivasi.


Business Insider India berkongsi contoh terbaik perbezaan bos dan peminpin.









- TE

No comments:

Post a Comment