Dulu bila sembang isu negara, ia hanya sesuai jadi topik golongan pakcik-pakcik di kedai kopi tetapi kini ia seolah bualan wajib bila bersembang termasuk ketika berkunjung ke rumah terbuka sempena Aidilfitri.
Sejak isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih dalam siasatan sehingga rombakan kabinet menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, nampaknya makin ramai yang tertarik untuk memperkatakan apa yang sebenarnya berlaku terhadap Malaysia, tanah tumpahnya negaraku.
Sebentar tadi juga Mufti Perlis, Datuk Dr Asri atau Dr Maza berkongsi status terbarunya di Facebook mengenai pertemuannya dengan TSMY dan apa yang meninggalkan persoalan ramai adalah statusnya.
Apakah yang sebenarnya berlaku dan siapakah yang berada di pihak benar?
Seperti kata Dr Maza, marilah kita berdoa agar Tuhan selamatkan negara kita tercinta. Insha Allah.
- TE
No comments:
Post a Comment