
Seorang pemandu 'super car', Nissan GT-R berdepan ajal apabila melanggar tiang konkrit pada kelajuan 170 km/j sehingga keretanya ranap hampir 80 peratus.
Apa yang menakjubkan, pemandu itu masih terselamat dan mampu berjalan keluar dari keretanya!
Menurut laporan Carlist.my, pemandu berkenaan iaitu Andrey Yeshchenko yang juga pemain bola sepak Russia terbabit dalam kemalangan itu baru-baru ini tetapi nyawa panjang apabila tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (cctv).
Sumber berita LifeNews di Russia melaporkan saksi kejadian mendakwa pemandu berusia 31 tahun itu dalam keadaan mabuk sebaik keluar dari keretanya.
Apa yang menjadi persoalan ramai ialah kejadian itu bukan saja menakjubkan tetapi ciri keselamatan Nissan GT-R memang terbukti hebat apabila menyelamatkan pemandu daripada cedera.
Memang benar kata orang, kereta mewah seperti 'super car' ini cukup hebat dan memberi kepuasan pada pemilik dari aspek prestasi, reka bentuk, rasa pemanduan, deruman enjin dan paling penting - selamat!
- TE
(Foto: http://content.icarcdn.com)
No comments:
Post a Comment