TE sendiri pengemar mi kari medan kidd, nasi kandar Kinta Heights, roti telur Ah So Medan Salera Dato' Sagor, mi rebus Ramli, nasi ayam Bazar Bulat dan mi hailam Pak Wan.
Memang itu makanan TE sejak dari sekolah rendah di Ipoh.
Apabila TE berkahwin sejak lapan tahun lalu, TE mula jatuh cinta pandang pertama dengan ketupat!
Memang benar, ketupat yang TE rasa kali ini cukup berbeza kerana ia sangat enak dan lembut walaupun sudah tiga hari dimasak.
Sepanjang TE hidup hampir empat dekad, tidak pernah rasa ketupat paling hebat yang juga adalah hasil tangan ibu mentuaku!
Memang hebat! Sekali rasa pasti nak lagi dan lagi. Bukan niat membodek tetapi cara masak ibu mentuaku memang terbukti hebat dan tidak pernah gagal apabila menjamah ketupat yang dimasaknya.
Sempena cuti panjang, cuti Hari Pekerja dan Wesak baru-baru ini, ibu mentuaku sempat memasak hasil masterpiece itu walaupun Aidilfitri lambat lagi.
Bermula proses menganyam ketupat dari jam 10 malam, mengukus pula dilakukan pada keesokkan paginya sebelum siap dihidangkan pada waktu tengah hari.
Rasa dan nikmatnya memang sukar digambarkan dengan kata-kata!
Apa yang pasti ketupat ibu mentuaku yang tinggal di Kampung Lubuk Kawah, Besut memang terbaik!
Inilah memori paling manis TE bersama ibu mentuaku.
Proses 1: Menganyam daun ketupat sebelum memasukkan pulut yang sudah dimasak
No comments:
Post a Comment