Tuesday, 14 November 2017

Bila 'Runner' Lebih Sibuk Daripada CEO!


Bunyi memang pelik dan sukar dipercayai tapi percayalah memang wujud 'runner' sibuk macam CEO atau mungkin mengalahkan tanggungjawab seorang CEO!

'Runner' atau lazimnya dikenali sebagai budak despatch atau penghantar surat mampu buatkan anda pening kepala apabila urusan penting 'client' tertangguh disebabkan mereka sibuk! 

Ya, firma guaman yang berkongsi menggunakan perkhidmatan 'runner' yang sama untuk menghantar dokumen penting 'client' terpaksa akur dengan jadual rutin 'runner' yang sibuk. 

"Apa hal aku plak terpaksa fikir bila 'runner free' untuk hantar dokumen ke pejabat tanah!," kata seorang 'client' yang sudah membayar beribu ringgit pada firma guaman tersebut untuk menyelesaikan urusan pertukaran hak milik rumahnya yang sudah berlanjutan proses sehingga 4 bulan.

Percayalah, tiada apa yang mampu client itu buat meskipun terpaksa bertegang urat dengan kerani firma guaman yang bersikap tidak profesional dan tiada etika melayan 'client'! 

"Kenapa tak cakap dengan 'lawyer' sendiri?" - Memang dah! Tapi 'runner' tu cuma boleh hantar esok pagi sebab baru ambil dokumen 'client' tersebut petang tadi yang tertangguh di firma guaman tersebut selama 2 minggu tanpa alasan yang kukuh! 

Kesimpulannya, 'runner' atau kerani firma guaman atau 'lawyer', kesemua mereka 2x5! 

Pesan TE pada semua, berhati-hatilah dengan sikap firma guaman 'cap ayam' macam ni. 




Friday, 20 October 2017

Pernah Cuba Makan Kat Kafe Hipster 'Cap Kaki'?


Masa zaman kanak-kanak, roti telur Medan Dato' Sagor, mi kari Medan Kid, mi kari Kg Kepayang dan roti canai kat Manjoi kedai 'wrestling' antara lokasi favorite sebab sudah tentu la sedap dan murah.

Memang tak patut bandingkan harga makanan zaman dulu dengan zaman sekarang tapi kata orang, kalau sedap harga mahal pun orang sanggup bayar!

Cerita pasal makanan mahal, konsep kedai makan 'hispter' paling mendapat sambutan zaman 2017. Lantaklah nak letak nama kedai apa sekalipun asalkan konsep 'hispter', guna pasu bunga kecik dicat warna-warni, lukisan kata-kata 'motivasi', 'recycle' kotak kayu jadi kerusi atau tong cat buat rumah pun boleh jadi dekorasi hebat dan kreatif. 

Malam tadi, TE juga berkesempatan singgah di satu kafe 'hipster'. Biasalah tekak Melayu ada masa nak 'try' jadi mat salleh 'so' cubalah chicken chop, burger, fish and chips, nuget, hot chocolate, spaghetti carbonara dan fresh orange. 

Tengok harga memang boleh tahan 'hispter' tapi tak kisahlah asalkan dapat makan sedap sekali sekala. Dipendekkan cerita, daripada 10 bintang, TE hanya boleh bagi 4 bintang! 

Kenapa plak? Tak sedap ke? Sejujurnya, harga dia je 'hispter' tapi makanannya tak! Fries kecik dan tak rasa keenakkannya, chicken chop pun taklah special mana, mashed potato plak keras!, burger pun sedap ke laut dan fresh orange standard pasar malam! 

Aduhai bangsaku! Ambillah teguran pelanggan dengan terbuka dan positif. Dalam bisnes masakan macam ni, kita perlu banyak belajar bagaimana menjaga kualiti.

Memang 'best' bila tengok pelanggan ramai datang, duit dalam mesin 'cashier' pun berkepuk tapi ingatlah, sekali pelanggan terpedaya, itulah kali pertama dan terakhir dia menjejakkan kaki ke situ. 

Moga kisah kafe 'hispter' macam ni jadi pedoman dan panduan pada tauke kedai yang lain. 

Memang sakit hati bila pelanggan komplen macam ni sebab pelanggan lain konon elok je makan tapi ingat pelanggan macam lagi sakit hati sebab diperdaya peniaga kafe 'hispter' cap kaki sebegini apatah lagi bangsanya sendiri. 

- TE 



 

Friday, 10 March 2017

Alahai Cikgu Sekolah Anakku....

Esok Hari Sukan sekolah anak. Anak sulung TE pun sangat teruja nak masuk acara lumba lari sebab dia memang suka berlari. Malangnya semalam bila balik sekolah dia cakap dengan Daddy, dia cuma duduk tepi longkang dengan 2 rakan lain tengok kawan-kawan lain berlatih.

Aik, apa pasal? dah dekat 2 minggu kata berlatih untuk hari sukan termasuk buat persembahan tapi alih-alih dia plak jadi mangsa dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam 2 acara itu. Bukan besar manapun 2 aktiviti ni tapi bagi kehidupan seorang kanak-kanak, ia adalah satu impian.

TE cuba berbincang dengan guru yang bertanggungjawab dalam dua acara tersebut. Nak masuk acara larian mungkin ada murid lain lebih laju, takpelah tapi bab persembahan dia tak dapat masuk sebab kata cikgu acara persembahan itu minggu lepas anak TE tak datang sehari ke sekolah sebab demam.

Aduh, takkan tak boleh adjust masuk dalam kumpulan persembahan? Ini bukan persembahan mewakili negara ke Hollywood tapi hanya acara sekolah rendah. Kasihan Eldanial. Pagi tadi masa kejutkan dia bangun tidur, katanya tak nak pergi sekolah sebab sedih tak dapat masuk acara sukan dengan persembahan. 

Besar sangat ke permintaan murid tahun 3 nak masuk buat persembahan di sekolah bersama rakan-rakannya? Alahai cikgu sekolah anakku....


Wednesday, 1 March 2017

Jangan Terpedaya Kata MO Pasal Bayi Kuning, Jumpa Pakar!


Salam 2017. Hari ini sudah masuk bulan tiga tahun ini. Dalam tempoh 2 bulan apakah kita semua sudah meraih suatu pencapaian atau masih menunggu bulan jatuh ke riba.

1 Mac hari ini menjadi hari gembira dan dipanjatkan syukur pada Allah kerana Muhammad Mikael berusia 44 hari sembuh daripada penyakit kuning. Sembang pasal penyakit kuning memang banyak petua dan rawatan alternatif dikongsi anggota keluarga, saudara mara, rakan mahupun sesiapa saja di 'Google' dan Facebook.

Mikael juga sudah cuba berjemur sinaran pagi, sewa mesin fototerapi, minum jus kurma menerusi ibu dan mandi air kelapa. Namun, semuanya tak berhasil selepas sebulan keputusan bacaannya 11. Doktor perubatan (MO) sebuah hospital swasta kata bayi perlu bacaan 1 jika sihat sepenuhnya apabila berusia sebulan.

Susulan pertemuan dengan MO itu, hari ini Mikael bertemu pakar kanak-kanak dan alhamdulillah menunjukkan perkembangan positif kerana bacaannya di bawah 10 iaitu 7. Syukur apabila mendengar kata-kata doktor pakar. 

Sebelum ini, MO juga kata dia tak rekomen ibu bapa guna fototerapi yang disewa dan dipakai di rumah. Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah guna mesin beharga RM16,000 ini sebenarnya dijalankan secara sah dan paling penting perlu digunakan mengikut cara yang betul. Kos untuk sewaan fototerapi untuk 3 hari adalah RM400 manakala jaundice meter, RM50. 


Apapun terpulang individu itu sendiri untuk menggunakannya. Sebagai info, jika anak dirawat di hospital akibat penyakit kuning, ibu tidak dibenarkan tinggal di wad tetapi bebas keluar masuk untuk menyusukan bayi. Bayangkan ibu yang masih berpantang terpaksa berulang alik menyusu atau apakah perlu menunggu di lobi hospital sehingga ke pagi? Tidak kita berapa ribu deposit yang dibayar, pihak hospital tidak berkompromi. 

Kesimpulan, apa jua cakap MO jangan kita terus terpedaya dan berasa sedih. Sebaliknya, jumpa doktor pakar yang lebih arif bukan saja dari aspek rawatan tetapi penjelasan yang diberikan.