Salam 2017. Hari ini sudah masuk bulan tiga tahun ini. Dalam tempoh 2 bulan apakah kita semua sudah meraih suatu pencapaian atau masih menunggu bulan jatuh ke riba.
1 Mac hari ini menjadi hari gembira dan dipanjatkan syukur pada Allah kerana Muhammad Mikael berusia 44 hari sembuh daripada penyakit kuning. Sembang pasal penyakit kuning memang banyak petua dan rawatan alternatif dikongsi anggota keluarga, saudara mara, rakan mahupun sesiapa saja di 'Google' dan Facebook.
Mikael juga sudah cuba berjemur sinaran pagi, sewa mesin fototerapi, minum jus kurma menerusi ibu dan mandi air kelapa. Namun, semuanya tak berhasil selepas sebulan keputusan bacaannya 11. Doktor perubatan (MO) sebuah hospital swasta kata bayi perlu bacaan 1 jika sihat sepenuhnya apabila berusia sebulan.
Susulan pertemuan dengan MO itu, hari ini Mikael bertemu pakar kanak-kanak dan alhamdulillah menunjukkan perkembangan positif kerana bacaannya di bawah 10 iaitu 7. Syukur apabila mendengar kata-kata doktor pakar.
Sebelum ini, MO juga kata dia tak rekomen ibu bapa guna fototerapi yang disewa dan dipakai di rumah. Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah guna mesin beharga RM16,000 ini sebenarnya dijalankan secara sah dan paling penting perlu digunakan mengikut cara yang betul. Kos untuk sewaan fototerapi untuk 3 hari adalah RM400 manakala jaundice meter, RM50.
Apapun terpulang individu itu sendiri untuk menggunakannya. Sebagai info, jika anak dirawat di hospital akibat penyakit kuning, ibu tidak dibenarkan tinggal di wad tetapi bebas keluar masuk untuk menyusukan bayi. Bayangkan ibu yang masih berpantang terpaksa berulang alik menyusu atau apakah perlu menunggu di lobi hospital sehingga ke pagi? Tidak kita berapa ribu deposit yang dibayar, pihak hospital tidak berkompromi.
Kesimpulan, apa jua cakap MO jangan kita terus terpedaya dan berasa sedih. Sebaliknya, jumpa doktor pakar yang lebih arif bukan saja dari aspek rawatan tetapi penjelasan yang diberikan.
No comments:
Post a Comment