Friday, 20 October 2017

Pernah Cuba Makan Kat Kafe Hipster 'Cap Kaki'?


Masa zaman kanak-kanak, roti telur Medan Dato' Sagor, mi kari Medan Kid, mi kari Kg Kepayang dan roti canai kat Manjoi kedai 'wrestling' antara lokasi favorite sebab sudah tentu la sedap dan murah.

Memang tak patut bandingkan harga makanan zaman dulu dengan zaman sekarang tapi kata orang, kalau sedap harga mahal pun orang sanggup bayar!

Cerita pasal makanan mahal, konsep kedai makan 'hispter' paling mendapat sambutan zaman 2017. Lantaklah nak letak nama kedai apa sekalipun asalkan konsep 'hispter', guna pasu bunga kecik dicat warna-warni, lukisan kata-kata 'motivasi', 'recycle' kotak kayu jadi kerusi atau tong cat buat rumah pun boleh jadi dekorasi hebat dan kreatif. 

Malam tadi, TE juga berkesempatan singgah di satu kafe 'hipster'. Biasalah tekak Melayu ada masa nak 'try' jadi mat salleh 'so' cubalah chicken chop, burger, fish and chips, nuget, hot chocolate, spaghetti carbonara dan fresh orange. 

Tengok harga memang boleh tahan 'hispter' tapi tak kisahlah asalkan dapat makan sedap sekali sekala. Dipendekkan cerita, daripada 10 bintang, TE hanya boleh bagi 4 bintang! 

Kenapa plak? Tak sedap ke? Sejujurnya, harga dia je 'hispter' tapi makanannya tak! Fries kecik dan tak rasa keenakkannya, chicken chop pun taklah special mana, mashed potato plak keras!, burger pun sedap ke laut dan fresh orange standard pasar malam! 

Aduhai bangsaku! Ambillah teguran pelanggan dengan terbuka dan positif. Dalam bisnes masakan macam ni, kita perlu banyak belajar bagaimana menjaga kualiti.

Memang 'best' bila tengok pelanggan ramai datang, duit dalam mesin 'cashier' pun berkepuk tapi ingatlah, sekali pelanggan terpedaya, itulah kali pertama dan terakhir dia menjejakkan kaki ke situ. 

Moga kisah kafe 'hispter' macam ni jadi pedoman dan panduan pada tauke kedai yang lain. 

Memang sakit hati bila pelanggan komplen macam ni sebab pelanggan lain konon elok je makan tapi ingat pelanggan macam lagi sakit hati sebab diperdaya peniaga kafe 'hispter' cap kaki sebegini apatah lagi bangsanya sendiri. 

- TE