'Best' tak semestinya mahal atau di restoran mewah tapi apa yang penting sedap dan berbaloi dengan harganya. Cerita hari ini, isteri TE yang mengandung 4 bulan teringin nak makan nasi kukus sebaik terjaga dari tidur.
Zaman sekarang tak susah cari nasi kukus kerana ia menu 'bersepah' di tepi jalan. Mana-mana pun boleh jumpa tapi ada ke yang boleh dikategori best?
Isteri rajin cari lokasi makan best kat Facebook dan terjumpa Nasi Kukus Ilham di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Nak ke sana senang je. Guna Waze memang ada dalam senarai lokasinya. Sampai sana jam 11.30 pagi memang ramai dah mula beratur. Wah, mesti sedap ni.
Menu satu nasi kukus tak beza sangat pun. Nasi putih, ayam goreng berempah, sambal belacan tapi kali ini ada sambal ikan bilis dengan nenas. Memang puas hati makan sebab nasi banyak dan ayam pun besar.
TE syorkan mereka yang memang lapar teringin nak makan nasi kukus boleh cuba datang sini. Oh ya, teh tarik dia pun sedap! Selamat menjamu selera!
- TE